Rantaian penyedia perkhidmatan pelancongan perlu lebih dinamik untuk beri pengalaman terbaik kepada pelancong, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar konsert Kpop Youtube

Keseluruhan rantaian penyedia perkhidmatan pelancongan disaran memainkan peranan yang lebih dinamik bagi memberi pengalaman terbaik kepada pelancong, sekali gus menjadikan Malaysia buah mulut di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata strategi pemasaran yang meluas dan efektif diperlukan baik dari pintu masuk negara sehingga ke peringkat hotel perlu bagi mewujudkan pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan pelancong.

“Untuk melonjakkan industri pelancongan negara ke peringkat lebih tinggi, Malaysia perlu ada produk (penyampaian) yang berbeza.

“Baik daripada segi fizikal, ekosistem, budaya memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong.

“Jangan pula kita sekali-kali melihat pelancong itu ruang untuk meraih keuntungan yang berlebihan termasuk menipu dengan mengenakan harga tinggi seperti pemandu teksi yang tidak menggunakan meter,” katanya.

Baca: Jangan ganggu biar generasi baru tadbir negara, tulis Najib di dalam blog kepada Mahathir?

Najib berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan malam Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama presidennya Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Najib berkata pilihan sama ada untuk mewujudkan pengalaman menarik atau buruk kepada pelancong terletak di tangan penyedia perkhidmatan pelancongan untuk mencorak dan menjayakannya. – Bernama

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share