Minggu lalu, Berita Harian memetik sumber berkata, kadar tol bagi 16 lebuh raya utama di seluruh negara dijangka meningkat sebanyak 30%, atau 20 sen kepada RM1 pada Ogos.

Susulan laporan mengatakan kadar tol beberapa lebuh raya di Lembah Klang bakal naik, pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menggesa Putrajaya berpegang pada janji pilihan rayanya untuk tidak menaikkan tol.

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata, janji untuk tidak menaikkan tol dibuat dalam manifesto BN semasa pilihan raya umum 2013 (PRU13) lalu.

“Kita akui dalam manifesto BN, tol tidak patut naik. Saya rasa itu perkara yang perlu dipegang pemerintah yang mewakili BN,” katanya semasa ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Minggu lalu, akhbar kawalan Umno, Berita Harian memetik sumber berkata, kadar tol bagi 16 lebuh raya utama di seluruh negara dijangka meningkat sebanyak 30%, atau 20 sen kepada RM1 pada Ogos.

Antara lebuh raya utama dijangka terlibat adalah Duta-Ulu Kelang Expressway, Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Baru Pantai dan Lebuh Raya Kajang Silk.

Susulan laporan tersebut, orang ramai mengecam rancangan tersebut pada ketika mereka ketika ini sudah dibebani dengan kenaikan harga barang asas disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan laporan tersebut sebaliknya membidas pihak yang membocorkan maklumat itu kepada umum.

Kerajaan tahun lepas menangguhkan kenaikan tol berjadual ketika kebimbangan terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat.

Putrajaya juga terpaksa memberi pampasan hampir RM560 juta kepada syarikat konsesi pada tahun lalu untuk mengekalkan kadar tol. – TMI

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share