AirAsia dan AirAsia X [Skytrax Award] dinobat sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia & Dunia bagi tahun ke-7 berturut-turut oleh Skytrax – Gambar AirAsia.com

Paris: Peneraju penerbangan tambang murah terkemuka, AirAsia Bhd (AirAsia) dan syarikat sekutunya, AirAsia X terus menempa nama di pentas antarabangsa apabila masing-masing menerima dua anugerah berprestij Skytrax World Airline sempena Pertunjukan Udara Paris ke-51, hari ini.

AirAsia dipilih sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia dan Asia untuk kali ketujuh berturut-turut manakala AirAsia X adalah penerbangan tambang murah terbaik dunia bagi kelas Premium dan tempat duduk Premium.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, keempat-empat anugerah itu adalah penghormatan besar kepada AirAsia dan AirAsia X untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

“Kami berterima kasih kepada penumpang di atas sokongan selama ini walaupun melalui tahun yang sukar selepas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terhempas tahun lalu.

“Perjalanan kami tidak terhenti di sini, kami akan berusaha menjadikan penerbangan lebih ceria dan berpatutan pada masa depan,” katanya dalam sidang media selepas menerima penganugerahan oleh Skytrax World Airline di Pertunjukan Udara Paris di Le Bourget, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi AirAsia X Berhad, Tan Sri Rafidah Aziz dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad Benyamin Ismail.

[signoff1]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share