Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, 1MDB hanya mempunyai lebihan tunai sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua hutang. – Foto FMT

SHAH ALAM – “Dari mana duit bakal dikorek Kementerian Kewangan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya International Petroleum Investment Company (IPIC) berjaya tuntut RM26.5 bilion?”

Demikian persoalan terbaharu dibangkitkan Pas kepada kerajaan berhubung laporan terkini mengenai 1MDB melibatkan tuntutan IPIC dan Aabar Investments PJS dari Abu Dhabi yang mengemukakan Permintaan Timbang Tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, 1MDB hanya mempunyai lebihan tunai sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua hutang.

“Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Memetik laporan Bernama, Permintaan Timbang Tara (RFA) itu melibatkan kegagalan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) untuk melaksanakan obligasi kontrak mereka di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS)dan tuntutan itu bernilai kira-kira RM26.5 bilion.

Dalam pada itu, Pas menyeru pengundi di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menghantar isyarat yang jelas dengan menolak Umno-BN secara total dengan mengundi parti Islam itu.

“Pas yang menjadi musuh politik tradisi Umno di seratus lebih kerusi Dun dan Parlimen di Semenanjung untuk berdekad lamanya.

“Pertembungan Pas dan Umno sudah turun-temurun. Sejarah tumbangnya kerajaan pilihan rakyat di Perak bukan hasil pengkhianatan Adun Pas,” katanya. – Sinar Harian

KLIK BACA: Najib mesti berani rombak warisan ‘negatif’ Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Polis lindungi konvoi BERSIH 5 dihalang Baju Merah di KEDAH

KLIK VIDEO: Dr M: Sikit saja lagi, tiga kerajaan negeri BN boleh tumbang

CLICK READ:  ‘Najib’s meeting with one of the world’s oldest kleptocrats is troubling’ – Kit Siang

TERKINI: Selamat berjaya, kata duta Amerika kepada Najib

TERKINI: Harapan rakyat kepada Majlis Raja-Raja – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Kenapa PAU 2016 tertutup hanya untuk media arus perdana?

KLIK BACA: Bendung ‘dana gelap’ JPM keutamaan dalam Bajet 2017

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share