Wanita nyaris maut tertelan senduk

0
8

Gambar X-ray Guan Hsuing. – Foto South China Morning Post

GUANDONG – CHINA. Seorang wanita nyaris maut selepas tertelan sebuah senduk yang digunakannya untuk membersihkan kerongkong.

Menurut South China Morning Post, Guan Hsuing, 31 gagal bernafas selepas panik dan menyebabkan kerongkongnya mengecut dan menyekat senduk tersebut dari dikeluarkan.

Anak beliau yang berusia empat tahun kemudian mendapatkan bantuan kecemasan dan mangsa dibawa ke hospital Kanghua.

Doktor yang terkejut dengan keadaan Hsuing kemudian bertindak melakukan pembedahan kecemasan dan terpaksa memotong oesophagus beliau yang rosak sebanyak 20 sentimeter.

Doktor tersebut, Xiao Pu memberitahu bahawa kejadian sedemikian sangat mengejutkan dan sangat jarang berlaku.

[signoff1]

Previous articleWanita mangsa kemalangan hutang nyawa dengan tujuh lelaki
Next article‘Panggil syaitan’ kegilaan terbaru internet?

Wayfarer Trader Avant Garder
Nom de Guerre – Ana Ghoib.