‘BN tidak lagi boleh meminda undang-undang Johor’

0
19

BN Johor telah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno.

Ini merupakan kali pertama kubu kuat Umno itu ditadbir tanpa majoriti dua pertiga, kata Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan.

“Komposisi ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor kini berubah selepas kenyataan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddn Yassin semalam mengenai pelantikan Datuk Sharuddin sebagai setiausaha agung,” katanya dalam satu kenyataan hari in.

Katanya, ekoran penyertaan bekas naib ketua Umno Pagoh itu dalam BERSATU, berdasarkan perlembagaan Umno, keahlian beliau dalam parti itu secara automatik telah gugur.

“Ini bermakna ADUN dari BN Johor telah berkurang dari 38 kepada 37, manakala barisan pembangkang bertambah dari 18 kepada 19 ADUN di Johor,” katanya.

Implikasi utamanya ialah BN tidak lagi boleh meminda undang-undang Johor.

Beliau menjangkakan akan ada beberapa lagi ADUN Johor daripada Umno yang akan turut meninggalkan parti itu sebelum pembubaran DUN.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan Shahruddin menyertai pembangkang, dan berkata beliau berharap mereka dapat bersama-sama mengembleng tenaga untuk menewaskan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang. – Malaysiakini

TERKINI: Selamat berjaya, kata duta Amerika kepada Najib

TERKINI: Harapan rakyat kepada Majlis Raja-Raja – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Kenapa PAU 2016 tertutup hanya untuk media arus perdana?

KLIK BACA: Bendung ‘dana gelap’ JPM keutamaan dalam Bajet 2017

TERBARU: Gambar perkahwinan Awie dan Sharifah Ladyana

KLIK BACA: “Rafizi yakin Najib tidak akan berani isytihar harta secara terperinci”

TERBARU: Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low? – Datuk A Kadir Jasin

Previous articleBendung ‘dana gelap’ JPM keutamaan dalam Bajet 2017
Next article‘Najib’s meeting with one of the world’s oldest kleptocrats is troubling’

Wayfarer Trader Avant Garder
Nom de Guerre – Ana Ghoib.