26 C
Kuala Lumpur, MY
Home Blog Page 836

Skandal Ada Di mana mana! – Laporan Panas Sabahkini.

0

p/s sama juga punch line ada di mana mana?..jika penyamun jaga wang negara pantang lepa mereka kebas…

dont vote dont complain politik malaysia

Saudara Pengarang,

PERDANA Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana Pengganas Sulu yang menjenamakan diri mereka sebagai ‘Tentera Sulu’ berjaya dengan mudahnya masuk ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.

Tuntutan kerajaan Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wjud begitu lama sebelum ini; tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu dengan begitu mudah.
Setelah sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum merdeka lagi.

Pada tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah memainkan peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan berupaya mengambil alih tugas mengawal keselamatan perairan Negara.

Pada hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai ‘Anak Perdana Menteri Malaysia’ memang tidak mampu kerana masalah dalaman atau ‘Lelaki Mati Pucuk’.

Pada tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan Negara kepada APMM.

Dengan itu, Polis Marin yang menjadi pasukan utama PDRM dalam menjalankan tugas tidak lagi mengawal keselamatan perairan Negara sejak awal tahun 2011. Tugas berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada APMM.

Sebanyak 71 unit kapal dan bot ronda PDRM; manakala seramai 1,200 anggota Polis Marin dan juga 8 pengkalan marin di seluruh negara difaraidkan kepada APMM.komando polis

Dengan itu PDRM ‘lumpuh anggota’ dan tidak mempunyai keupayaan lagi untuk menjalankan tugas mengawal perairan dan persisiran negara.

APMM diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan untuk kegunaan APMM.

Lebih kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik yang yang diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan.

Lebih memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM 800,000 sebulan.

Sebuah syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja pembaikan bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan.

Setiap kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan sebanyak antara 10 hingga 15 percent bagi setiao kerja yang dibuat.

Pejabat pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa dengan kos antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan

Banyak lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja.

Bot-bot APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara. Mereka hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan operasi, selepas itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.

Pada keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula kawasan operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak percaya, pergilah sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut. Itulah sebabnya Pengganas Sulu berjaya masuk dengan senang dan mudah tanpa sebarang rintangan.

Semasa Polis Marin menjaga perairan dahulu, Polis Marin memang sentiasa berada di laut kecuali jika bot atau kapal rosak untuk dibaiki, barulah mereka meninggalkan kawasan operasi.

Pada masa ini, di kawasan operasi di Lahad Datu, bot APMM memang tidak kelihatan. Bot mereka akan hanya kelihatan berada di kawasan itu jika ada menteri atau orang atasan hendak melawat kawasan itu.

Bot APMM akan menunjukkan diri sebentar, selepas itu akan hilang menyorok tidak tahu di mana. Ini yang sedang berlaku tetapi tidak diketahui oleh PM dan TPM.

Ketua Pengarah APMM pula dengan lantang menyatakan APMM tidak dapat melaksanakan tugas disebabkan kapal kapal dan bot telah lama dan uzur.

Alasan itu tidak dapat diterima sama sekali kerana semasa kapal dan bot itu diambil alih, kerajaan telah menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM 130 juta untuk pembaikan.

Sehubungan itu saya mencabar kerajaan BN kembalikan semula bot yang diambil alih dengan anggota yang diambil kepada PDRM. Saya yakin dan pasti PDRM mampu melaksanakan tugas mengawal perairan negara. PDRM telah terbukti kemampuannya dan mempunyai sejarah pencapaian luar biasa selama ini walaupun hanya diberikan bot yang antik dan usang.

Salam Hormat,
WARGA PERSISIR PANTAI

Sumber – Sabahkini

scorpene altantuya shaaribuu

Blogger Rosnajib dan Papagomo disaman 100 oleh Anwar Ibrahim

0

Sembelit sebab itu sukar umum pembubaran Parlimen PRU13….kikiki..propa politik nih..jgn marah bro sis! tenkiu

politik lawak kroni

 

 

lawak politik rosmah mansor

 

parlimen malaysia

Kami Tuntut Najib Razak Bubar Parlimen 1Malaysia – BP1M

0

@NajibRazak, kami tuntut parlimen dibubarkan segera!

Kpd semua Facebooker, sila penuhkan wall anda dengan poster ini. Boleh?

politik lawak kroni

If You Cant Convince Them Confuse Them! – Malaysia Politics

0

politik oportunis

Penumpang Pesawat Sukhoi Indonesia BerPesta Bir Sebelum Terhempas. Benarkah?

0

Pesawat nahas Sukhoi Superjet100 dinaiki para pramugari cantik. 

Mereka sempat merakam foto sebelum take off dan selama dalam penerbangan. Pose mereka terlihat dalam gaya khas pramugari yang manis dan penuh senyuman. Berikut foto-foto pramugari yang tersebar di berbagai media internet.
 
Nampak jelas semuanya gembira sebelum menaiki pesawat
 
 
Dikatakan juga penumpang pesawat meminum bir sebelum pesawat terhempas
Tanpa bermaksud lain apalagi menyinggung perasaan keluarga mangsa(sekadar mengambil pengajaran foto tersebut menampilkan pelayanan yang diberikan para pramugari cantik ketika memberikan minuman bir pada para penumpang.
Jadikanlah pelajaran untuk kita bahwasanya janganlah kita bermaksiat kepada Allah ketika kita dalam perjalanan atau bermusafir. Kerana kita tidak tahu apakah perjalanan kita ini adalah perjalanan kita yang terakhir di muka bumi.
sumber: leotumpas
Benarkah?…Hanya Allah yang tahu
Dan ini adalah berita terkini tentang tragedi tersebut;
Ketua juruterbang awam Sukhoi, Alexander Yablonstev (kiri) dan juruterbang pembantu Alexander Kochetkov (kanan) bergambar bersama pramugari di sebuah lapangan terbang di Jakarta, kelmarin. – REUTERS
JAKARTA 10 Mei – Sebanyak 47 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 yang dilaporkan hilang, semalam ditemui petang ini.
Jurucakap Agensi Penyelamat Nasional (Basarnas), Gagah Prakoso berkata, pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sekitar lereng Gunung Salak petang ini dan menemui bangkai pesawat dan juga mangsa nahas.
“Kesemua mayat tersebut terpaksa diangkut keluar melalui udara esok (Jumaat) memandangkan proses pemindahan agak sulit,” jelas Gagah.
Pesawat buatan Rusia itu ditemui di ketinggian 5,400 kaki di daerah Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat
Gambar dikeluarkan Tentera Udara Indonesia merakamkan lokasi pesawat Sukhoi Superjet 100 (gambar kecil) terhempas di cerun Gunung Salak di wilayah Jawa Barat, semalam. – AFP
JAKARTA 10 Mei – Seramai 11 daripada 14 pramugari Sky Air yang sempat merakamkan foto bersama di hadapan pesawat Sukhoi Superjet 100 dilaporkan antara anak kapal yang menyertai penerbangan sulung pesawat itu di Indonesia sebelum terhempas di Gunung Salak.
Kesemua 11 pramugari itu ialah Ade Arisanty, Rossy Witham, Nur Limawati, Susana Pamella Rompas, Dewi Mutiara Intan Permata, Maria Marcella Dayu Larita, Heni Steffany, Aditya Recodianty, Rahmani Susanti, Anggraini Fitria Swesty S, dan Maysaroh.
Ogos lalu, PT Sky Aviation menandatangani pembelian 12 pesawat Sukhoi Superjet 100.
Setahun sebelumnya, Kartika Airline melakukan hal serupa untuk membeli 30 pesawat tersebut.

Polis jumpa kepala tanpa anggota badan mangsa pemujaan kuil Hindu

0

KLUANG – Polis menjumpai kepala tanpa badan milik seorang warga emas dipercayai dijadikan pemujaan di dalam Kuil Muniandy yang terletak di kawasan Ladang Coronation, Sri Lalang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya mendapat maklumat kejadian itu lebih kurang jam 7.30 pagi daripada orang awam.

Beliau yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui oleh penjaga kuil terbabit.

“Pada masa ini polis sedang berusaha mencari bahagian badan mangsa dan siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain.

“Selepas itu kepala mangsa yang telah dipotong dengan senjata tajam di letak di kuil yang sudah berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.
mayat karingeri
Abdul Majid berkata, hasil siasatan mendapati warga emas itu merupakan seorang gelandangan dan sering tidur di sebuah tokong di Sri Lalang selepas isteri dan anaknya berpindah ke Johor Bahru.

Polis masih belum menemui senjata yang digunakan untuk membunuh warga emas berkenaan.

“Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor setakat ini percaya lelaki itu dibunuh kira-kira lapan jam sebelum kepalanya ditemui berdasarkan titisan darah yang ada di tempat kejadian.

“Polis percaya lebih dari tiga suspek terlibat dalam kejadian bunuh ini malah dipercayai suspek sempat mengadakan upacara pemujaan menggunakan kepala terbabit sebelum melarikan diri.

“Polis sedang mengesan kesemua suspek yang berumur 30 hingga 50 tahun itu dan empat kenderaan yang digunakan mereka bagi melarikan diri.

“Apa yang penting, kejadian ini bermotifkan pemujaan dan bukannya perkauman mahupun gangsterism. Kita tidak mahu orang ramai membuat pelbagai spekulasi mengenainya kejadian ini,” katanya.

Abdul Majid berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Manakala kepala terbabit dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang dan polis juga meminta bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Asistan Superintendan Ahmad Zamry Marinsah di talian 019-7266998 bagi membantu siasatan

polis diraja malaysia

Stay connected

0FansLike
731FollowersFollow
4,394SubscribersSubscribe

Hat Tip

Kuala Lumpur, MY
broken clouds
77.8 ° F
78.8 °
77 °
83 %
1.2mph
75 %
Sat
76 °
Sun
83 °
Mon
81 °
Tue
83 °
Wed
75 °
Thu
74 °